Sunday, January 20, 2008

Gulai Kunyit Lengkuas

semasa kakliza g Pasar Tani..kakliza terpandangkan gulai nasi berlauk [sejenis makanan pantai timur] dalam periuk penjual nasi lemak...
oleh kerana sebelum kak liza g Pasar Tani tu hujan agak lebat..mmg takder cadangan nak g pun..
so kkliza pun masak nasi lemak..sambal ikan bilis..goreng bebola ayam..telur rebus..ikan bilis garing dan juga timun..
tapi timun kkliza sikit sangat..
tiba-tiba kawan kakliza ajak g ..kakliza pun setuju...
memandangkan kakliza dah siap masak ...so kakliza tidaklah beli nasi berlauk tu..

oleh kerana nampak gulai tu macam sedap jer sso kaklzia pn bercadang nak masak sendiri...
apa kata kita layan...




GULAI KUNYIT LENGKUAS

Bahan

500 gm ikan aye/tongkol [potong setebal 3 cm]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
1 cawan air
2 s/b rempah gulai cap rose [rempah ni byk jual kat Tganu jer]
10 urat kacang panjang
1 labu bawang besar
5 tangkai ciliapi
3 keping asam gelugor
garam

Bahan Mesin
10 tangkai ciliapi
3 ulas bawang merah
4 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup

Cara
1. Ikan dibersihkan dan rebuskan dengan 1 cawan air dan asam keping & garam sehingga mendideh.[Sebaiknya biarkan semalaman ]
2. Masukkan semua bahan kecuali santan dan masakkan sampai mendideh.
3. Bila mendideh baru masukkan santan dan sentiasa kacau supaya masakan tidak naik atau pecah minyak.
4. Rasakan garam dan tutup api.
5. Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan limau dan juga ikan kering goreng.

2 comments:

MamaFaMi said...

Adik beradik lemak cili api la ni ye kak?

hanieliza said...

mamafami...
boleh dikatakana macam adik beradik lemak ciliapi tapi ada masuk lengkuas dan rempah gulai...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers