Wednesday, February 27, 2008

Masak Lemak Ciliapi Kepah Shell & Nenas

kali ini kkliza nak citer pasal kepah shell..
kkliza x tahu kenapa dipanggil begitu..mungkin rupanya macam lambang SHELL minyak tu kot..



aceli kepah ini kkliza telah lama ketahui kesedapan isinya..
masa tu kakliza tinggal di Dungun lama dulu..
banyak dijual kat pasar Dungun dan selalu kakliza beli sebab isinya yg sedap...
tapi sebenarnya kak liza lebih minat pada kulitnya yg sbelah bewarna putih dan belah lagi warna coklat...




kakliza keluarkan isinya untuk dimasak..tapi kulitnya dibasuh..keringkan dan kumpul untuk projek kerjatangan kakliza..[mmg minat kerjatangan..masa tu anak 2 org..mmg banyak masa lapang.. ]
kkliza plan nak buat tirai pintu yg bergantungan kulit kepah/shell ini...tapi akhirnya malas..asik tangguh jer..
kali ni kakliza terlupa pulak nak amik gambar kulit shell ini ...

ok..back to stori isi kepah ini..
baru-baru ni kkliza terjumpa kepah ini di Pasar Tani Kerteh..
so kakliza beli 1 kilo untuk dimasak...
selalunya kakliza buat masak lemak kuning..ciliapi atau gulai berempah...campurkan dengan nenas..[macam masak udang + nenas tu]
isinya seakan rasa isi ketam yg kat sepit besar tu...anak2 kakliza suka makan [no1 dan no2 masa tu..]
tapi anak no4 dan no5 masa kakliza masak beberapa hari lalu..mmg tak usik langsung..tak pandai makan...
mungkin sbb makanan baru to them.. ..selama ni kkliza x pernah jamu depa kottt...





MASAK LEMAK CILIAPI KEPAH SHELL & NENAS
[Hidangan ~ 5-6 orang]

Bahan

1kg kepah shell [RM8.00 sekilo]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 biji nenas [potong kecil]
2 batang serai [ketukkan]

Bahan Mesin
15 tangkai ciliapi
2 cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
1 cawan air
garam

Cara
1. Kepah dibersihkan dan keluarkan isinya. Rendamkan sebentar dengan garam untuk mengeluarkan sisa kekotoran dalam isinya. Toskan.
2. Masukkan semua ahan dalam periuk kecuali santan pekat.
3. Masakkan sehingga mendideh.
4. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.
5. Bila nampak mendideh sekali lagi tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi putih.

Sunday, February 24, 2008

Hari Ramah Mesra PETRONAS

Sabtu [23/02/0]8 lalu kkliza dan a ben telah membawa 2 anak yg dirumah untuk hadir dalam majlis ramah mesra pekerja yg berlangsung di Taman Rekreasi Petronas..berhampiran pantai....
kali ini kkliza x amik gambo makanan tapi hanya amik gambo keriangan anak2 bermain dan juga persembahan yg ditunjukkan...

bukan takder makanan..tapi terlalu banyak makanan sampai tak tahu nak amik gambo.. [aceli kakliza segan sbb ramai benar orang dok perhatikan kalau amik gambo kat makanan]
waktu sarapan dijamu dgn nasi lemak, bihun goreng dan juga kueh2 saperti karipap, kueh pau..donut dan juga sosej & nugget untuk kanak2.. air milo, dan jus oren..mangga & blackcurrent..


makan tengahri disajikan pelbagai laksa..nasi masakan kampung..nasi sup tulang, ..nasi beriani dan setnya..buahan bermacam jenis..rojak buah..popcorn dan juga air minuman pelbagai rasa..

makanan disediakan begitu banyak sekali..tapi nampak yg hadir taklah seramai yg dijangka..
so bila telah selesai makan..masing2 telah minta untuk tapau bawak balik..
kebanyakannya menjinjing pelastik besar menuju ke kereta...puas hati...










Azib dan Azmil bermain di gelungsur angin yg dibawa khas dari PJ/Selangor..nampak sungguh gembira... main sampai tak ingat...




persembahan oleh DAVID ALUMINIUM....ala-ala David Arumugam..
sungguh menghiburkan.. kalau hanya dengar suara dan gayanya mmg tiffffahhhh tertiffuuuu...



pertunjukan silap mata oleh CLOWN [sorilaa..kakliza tak ingat nama depa...]





persembahan silap mata oleh FUIYO MAGIC ..aceli he is anak kawan kakliza...



anak-anak keseronokan berguling-gulingan dalam gelungsur angin yg dah nak roboh sbb kehilangan angin due to acara nak tamat..






gelungsur angin kanak-kanak yg sudah kehilangan anginnya..


dengan kekenyangannya para hadirin sekelian...time to go home....
BYE...

Saturday, February 23, 2008

Daging Black Pepper





Bahan-bahan
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

Kueh Talam Gula Merah


Lapisan Bawah:
1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.

Friday, February 22, 2008

Mee Goreng Mamak


Bahan
500 gm mee kuning
100 gm daging )
100 gm fish cake ) hiris nipis
100 gm fish ball )
4 keping kueh cucur udang )
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil]
3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau [hiris nipis]

Cara.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake, fish ball dan kueh cucur udang. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.

Pindang Ikan


Bahan-bahan
3 ekor ikan kembung/selar
2 hiris halia - dipotong panjang
2 batang serai - diketuk
3 cawan air
3 keping asam gelugur
1 labu bawang besar - dihiris
3 biji cili merah - mayang panjang
Sedikit serbuk kunyit dan garam
minyak untuk tumis

Cara membuat [Microwave]
1. Bersihkan ikan dan potong
2. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk bertutup.
3. Masukkan ddalam microwave-oven dan setkan HIGH selama 20 minit.
4. Bila telah siap hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan sayur.

Cara Masa biasa
1. Pnaskan minyak dan tumiskan bawang besar, halia dan serai sehingga wangi.
2. Masukkan air, garam, sedikit serbuk kunyit dan asam keping. Biarkan mendideh.
3. Masukkan ikan dan cili merah. Masak sehingga mendideh lagi.
4. Rasakan garam dan tutup api.

Kueh Lapis Keladi



Bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan
1 s/k garam

Bahan B
1/4 cawan air
1 s/b pes keladi
pewarna purple

Bahan C
1/2 cawan keladi parut
1/2 cawan air

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan bahan B dalam 1 bahagian.
4. Masukkan bahan C dalam 1 bahagian.
5. Panaskan kukusan dan lapikkan pelastik dalam loyang 8 x 8 inci yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 cawan adunan bahan B dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 cawan adunan bahan C dan kukus semula selama 15 minit.
8. Lapiskan adunan bahan B dan adunan bahan C berselang seli sehingga adunan habis.
9. Sejukkan selama 4 - 5 jam dan potong untuk dihidangkan
kueh lapis masa kakliza buat projek buku dulu..antara yg terdapat dalam buku 'ANEKA TALAM & KUEH LAPIS"...

Rosemary Grilled Chicken Fillet

kakliza teruja ngan resepi Jeni [resepi.net] ....
sori Jeni...
kakliza copy n paste dari Jeni jer...



Rosemary Grilled Chicken Fillet
Inspired by Jamie Oliver/Jeni ~ Resepi.net

Bahan-bahan
4 ketul boneless chicken
10 gm rosemary kering
1 tsp serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih
2 tbsp minyak zaitun
Garam secukup rasa
Lemon

Cara Membuatnya
1. Tumbuk rosemary bersama bawang putih.
2. Keringkan ayam dengan paper towel. Lumurkan ayam dengan minyak zaitun, rosemary yang telah ditumbuk dengan bawang putih, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
3. Masak atas frying pan atas api yang sederhana supaya bahagian dalam ayam masak sekata tanpa menghangitkan luar ayam.
4. Sedap dimakan dengan salad, mayonis dan perah lemon ke atas ayam yang telah dimasak tadi. The leftovers can be used to make sandwiches the next day

Lemak Ciliapi Pisang Muda



Bahan-bahan
1 sikat pisang muda [pisang emas/lemak manis]
1 gengam ikan bilis
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 cawan air
2 helai daun kunyit
garam

Bahan mesin
20 -25 biji ciliapi
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah

Cara
1. Pisang dibuangkan kulit dan potongkan nipis.
2. Rebuskan dengan garam sehingga mendideh dan toskan.
3. Masukkan bahan mesin, ikan bilis dan pisang yg direbuskan dengan air dan renehkan sehingga mendideh.
4. Bila mendideh masukkan santan pekat dan daun kunyit.
5. Kacau supaya tidak naik minyak sehingga nampak mendideh sekali lagi.
6. Rasakan garam dan bila dah mendideh tutup api dan hidangkan.

Pot-luck Lunch

pada Selasa baru-baru ini kkliza telah berpakat dgn beberapa ibu-ibu yg selalu menunggu anak-anak kat sekolah..
kak liza sediakan masakan..










ada ibu lain sediakan hirisan turkey roasted, masak lemak ciliapi daging salai dan rebung, nasi kerabu dan daging masak kicap..





anyway majlis itu sungguh meriah dengan keletah ibu bersembang riuh ..dan juga anak-anak yg makan bersama...

Kueh Lompat Tikam


Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k air kapur
secubit garam

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kueh supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.


Bahan Lapisan Putih
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kueh ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kueh dan hidangkan dengan air gula merah.

Air Gula Merah
Bahan

1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan [ koyakkan]

Cara
1. Masakkan semua abhan sehingga mendideh.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kueh lompat tikam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers