Monday, February 04, 2008

Masak Lemak Ciliapi Ikan Haruan


Ikan haruan (ophiocehalus striatus ) biasa hidup di air
tawar seperti di sungai, paya dan sawah tetapi ia juga boleh hidup dalam air
payau. Keistimewaan ikan ini ialah pada ketahan diri dan khasiatnya dalam
bidang
perubatan.
Ikan haruan dapat hidup di dalam selut sehingga
berbulan-bulan
kerana ia mempunyai anggota penyedut udara. Ia sangat mujarab
bagi menyembuhkan
pelbagai penyakit termasuk luka, kulit bersisik, ruam dan
lecur. Kajian
mendapati haruan berpotensi menyembuhkan masalah luka dengan
kadar tiga kali
lebih cepat berbanding ubat tradisional lain, manakala pati
haruan juga
berfaedah bagi tujuan kecantikan wanita



MASAK LEMAK CILIAPI IKAN HARUAN

Bahan

3 ekor ikan haruan
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 kuntum bunga kantan [belah 4]
10 biji belimbing buloh

Bahan mesin
15 biji cili api
2 ulas bawang merah
3 sm kunyit hidup
garam

Cara.
1. Ikan haruan dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau atau buah belimbing yg ditumbuk pecah selam beberapa minit. Bilas lagi dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalm periuk dan masak dengan api perlahan.
3. Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak.
4. Bila nampak kuah nak mendideh masukkn santan pekat dan rasakan garam.
5. Kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minya.
6. Bila mendideh tutup api dan boleh hidangkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers