Wednesday, April 30, 2008

Kueh Bakar

bila malas melanda..hanya yg simple dihidangkan...
jom kita tenguk apa yg sempoi...



sosej ni rasanya tak payah kasi resepi la..semua orang pandai buat kannnnn..

dalam pada tu kkliza teringin nak makan kueh bakar jagung..
tapi bila berchatting via YM ngan maklang [Teratak Maklang] dia pula teringin nak makan kueh bakat biasa yg ada taburan bijan tu..
so kkliza pun layan jelah masak kueh tu..
dapat juga sampaikan pada kawan2 lain merasa...

tapi lepas kakliza tulis entry ni ..cadangnya nak kedapur untuk adun kueh bakar jagung ..
so esok boleh makan..






KUH BAKAR

Bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 cawan jus pandan [ 10 helai daun pandan blend]
1 cawan gula pasir
4 biji telur B
3 s/b majerin
1 s/k garam
1/2 s/k pewarna hijau

Bijan goreng tanpa minyak

Cara
1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
2. Gaulkan semua bahan supaya sebati. Tapiskan. ~ [kakliza gunakan blender ]
3. Tuangkan dalam loyang 8 x 8 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1 jam tapi setelah 30 minit taburkan bijan dan teruskan bakar lagi.
5. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

Tuesday, April 29, 2008

Tahu Berlada [Tokua Goreng Cabai]


TAHU BERLADA [Tokua Goreng Cabai]

Bahan

2 keping tahu [goreng dan potong ]
1 labu bawang besar [mayang kasar]
2 s/b sos tomato
daun kari
minyak
garam
gula

Bahan Mesin
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili api
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan kacau rata. Masakkan sehingga naik minyak..
3. Masukkan sos tomato, gula, garam dan bawang besar. Masak sehingga bawang layu.
4. Masukkan tahu dan kacau rata.
5. Hidangkan.

Monday, April 28, 2008

Rancangan SEENAK RASA



barangkali ada yg dah terlupa mengenai rancangan tv yg pernah kakliza lakukan beberapa bulan lalu...
akhirnya rancangan
SEENAK RASA keudara pada setiap Isnin jam 6.30 pagi di TV2...
so sesiapa yg nak tenguk bolehlah bersiap sedia didepan TV..
aceli kak liza hanya memasak dalam segmen RENGKAS PAGI saja.dimana kakliza akan memasak menu yg rengkas tetapi berkhasiat utuk keluarga bersarapan dipagi hari sebelum menjalani aktibiti harian...
hos rancangan itu ialah Dia Fadhila..kkliza hanya jemputan jer...
selain dari kak liza..Chef tersohor..Chef Norzailina juga akan beraksi dalam ruangan Warisan Nenek...

so jangan lupa sekiranya nak tenguk kakliza memasak dengan gabra dan ketarnya..setkan jam adik2 sekelian...
rasanya rancangan masaka kakliza tu akan disiarkan dalam siri ke 9..maybe pada 19 Mei 2008 tapi boleh juga kalau nak tenguk rancangan ini dari awal sirinya...
kalau tak salah kakliza program ini ada 13 siri/episod..








Saturday, April 26, 2008

Kiwi Muffin




semalam kakliza dikunjungi tetamu.. tapi bukanlah urusan meminang..
so naklah jamu makanan yg agak spesel sikit..
tapi bukan nasi la..sebb mereka akan datang waktu minum petang..
cadangnya nak buat kuetiaw ladna..muffin..buah tembikai dan jus mangga delight [akan kkliza tuliskan resepinya nanti]
memandangkan muffin mix yg kkliza pesan ngan Kacip masih ada dalam stok..
akak pun cadang nak buat muffin kiwi tapi nak edit according to kemanisan yg kkliza kehendaki..

jangan jemu tenguk kkliza dok experimen ngan muffin sebab kkliza akan buat jualan muffin dalam 3 minggu lagi untuk CHARITY GARAGE SALE bagi mengisi tabungan PIBG sekolah...




MUFFIN KIWI
[32 muffin saiz medium]

Bahan A
500 gm muffin ready mix perisa kiwi
200 gm tepung gandum ]
1 s/t baking powder ] ayak

Bahan B
190 gm telur [pukul sedikit]
180 gm minyak
280 ml jus buah campuran kiwi & epal YEO's

Cara
1. Panaskan oven 190'C [api atas bawah] selama 10 minit.
2. Masukkan bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk bahan A dan adunkan sebati dengan whisker atau senduk kayu.
4. Alaskan muffin tray dengan kertas muffin saiz medium.
5. Masukkan adunan anggaran hampir penuh dalam kertas muffin.
6. Bakar selama 20-25 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.

Thursday, April 24, 2008

Pot-luck Lunch lagi....


pondok wakaf yg jadi mangsa para ibu menjamu anak2 sambil beramas mesra...







saperti biasa lah..kami para ibu yg menunggu anak2 balik dari sekolah telah mengadakan pot-luck lunch lagi kat wakaf depan sekolah...
tapi kali ini penyertaan ramai sikit dari sebelum ini..
lagi ramai lagi meriah..
kalau tak tentu tak habis 60 batang eskerim potong kacang merah, jagung, durian yg disediakan..
even anak kakliza pun dapat 2..dasat sungguh... ..tapi dia tak makan nasi..malu katanya..


saperti biasalah..kakliza suka bawa nasi putih dan lauk pauk masakan kampung..
antaranya..
tahu sumbat dan home-made cili sos
ayam masak kicap
asam pedas ikan pari
ikan bakar perisa tomyam [lupa nak amik gambo.. ]
air asam tomato
kerabu mangga tabur kacang tumbuk..perghhhh..sedapppp... muffin oren coklat rice dan coklat cupcake..tak cukup walaupun bawak banyak...ada yg komplen takd apat rasa...len kali akak bawak 1 lori laa...
bingka ubi..tak amik gambo..
keropok..1 tong besar...licin..beresss..
melamine dinner plate..senang nak makan...mmg kkliza sentiasa bawa & supply kalau ada jamuan..






selain dari tu ada ibu yg bawa..
spagethi bolognese ..lupa nak amik gambo
kuetiauw ladna..lupa juga...
pegedil jagung & udang
sayur kacang panjang goreng
ikan kering
kerutup daging
sambal sotong
kerabu perut bersantan
labu sira..kkliza kurang suka..so terlupa nak amik gambo..
sambal belacan & ulaman
puding nescafe
air..sarsi...strawberry F&N, sirap dan air kosong..
pinggan..cawan foam..

anak2 kami amat gembira makan beramai2..seronok ibu2 melayanii mereka..
kalau kkliza amik tangan yg mengambil makanan..sure nampak lagi hevoc tapi oleh sebab kakliza sendiri sibuk melayani anak2 nak itu dan ini so taks emapat nak posing2 maut suasana tu..
insyaAllah 20 Mei ni kami akan buat lagi..
dengarnya ramai nak amik bahagian..lagilah meriah..sure tak cukup meja..
kkliza cadang nak bawa meja lipat tambahan...


Monday, April 21, 2008

SAJI Mei2008







akhirnya 23 resepi Warisan Masakan Terengganu dan Kuih Tradisional Terengganu terbentang didada majalan masakan bulanan SAJI..

so dapatkan senaskah sebelum kehabisan...

RALAT:
bagi resepi AYAM PERCIK tu kakliza terlupa nak tuliskan bawang merah dalam bahan mesin halus..
so boleh tambah kira2 10 ulas bawang merah..

Thursday, April 10, 2008

Chocolate Rice Orange Muffin

tengah seronok baking muffin ni..
so jgn terperanjat kalau kkliza asik baking muffin jer..
lagipun seronok buat muffin ni..macam buat cekodok jer..
kalau tak caya..acu cuba try test buat....

and another sebab ialah kkliza tengah buat try n error untuk muffin..
nanti nak buat kelas...dan juga jualan...




CHOCOLATE RICE ORANGE MUFFIN
[18 muffin ]

Bahan A

2 cawan tepung gandum ]
1 s/k baking powder ] ayakkan 2 kali
1/2 s/k soda bikarbona ]
1 cawan gula perang
2 s/b coklat rice
hiasan ~ coklat chip [jika suka

Bahan B
1/2 cawan butter cair
1 cawan jus oren
1 biji telur [pukul sedikit]
1 s/k oren paste

Cara
1. Panaskan oven suhu 180 api [atas dan bawah] selama 15 minit.
2. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
3. Curahkan bahan B dan kacau rata.
4. Masukkan kertas muffin dalam acuan muffin.
5. Sudukan adunan dalam kertas muffin hampir penuh. Boleh hiaskan dgn coklat chips jika suka.
6. Bakarkan selama 20 minit.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan.



Tuesday, April 08, 2008

Choc-Orange Cheesecake



teruja ngan kek dari blog En Mat Gebu kakliza pun mulakan projek..
tapi bila dah siap..nampak macam banyak pula..
so akhirnya kkliza bawa kesurau untuk ditest uji makan oleh kawan2 disana..
alhamdulillah..beres...

tapi kakliza ada buat pindaan sedikit pada topping tu according to my taste la...
n kakliza just copy n paste je resepi dari blog En Mat Gebu yg rajin tu...untungla sapa jadi isterinyaaaa...

Sambal Telur Rebus



SAMBAL TELUR

Bahan

10 biji telur rebus
1 labu bawang besar [mayangkan]
3 s/b sos tomato
1 s/k gula
garam
minyak

Bahan Kisar
20 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
belacan [jika suka]

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan sos tomato, gula dan garam. Kacau rata.
3. Masukkan telur dalam sambal dan biarkan sebentar.
4. Masukkan bawang besar dan kacau sikit.
5. Bila nampak bawang layu boleh masukkan sambal dalam pinggan dan hidangkan.

Aerobek ~ Our Cat



kali ni kakliza sajalah nak citer bab lain dari masak..rasa-rasanya okey la kan..
sekali sekala kita citer bab lain dari masakan....

kakliza rasa kebanyakan orang mmg suka pada binatang peliharaan [pet] ..
tak kiralah samada kucing..ikan..burung..kura-kura atau apa pun binatang peliharaan yg jinak..
begitu juga tidak terkecuali ngan kami..

aceli kakliza pernah bela kucing pada suatu masa dulu..
kakliza bawa kucing tu dari KL pada 17thn lalu..tapi sayangnya dah pun mati pada usianya 16 thn..kiranya panjang betul umur kucing tu
so kkliza rasa memang takmo bela dah kucing sebab bila balik kampung kakliza terpaksa minta tolong jiran bagi dia makan..
tapi tak disangka rupanya sifat penyayang kucing ni diwarisi oleh anak2 kakliza terutamanya anak dara kakliza..



anak dara kakliza tinggal diasrama kolej di Chendering, Terengganu..
setiap hari dia memberi makan se ekor anak kucing disitu..
lama-lama kucing tu pun jinak dengannya dan tak lama kemudian kucing itu beranak pula..
dia menjaga dengan baik dan seminggu selepas beranak kolej akan ditutup..
dengan perasaan tak sampai hati ..dia memasukkan ibu kucing tu dan 4 ekor anaknya yg masih belum buka matanya dalam kotak dan membalut dgn kain langsir untuk dibawa balik kerumah tanpa merujuk pada kami..
semasa dalam bas [dalam perjalanan dari KT ke Kerteh] ada juga org bertanya pada dia..apa dalam kotak..ada bunyi2 tu..arnab ker..
dgn senyum dia cakap..kucing dan anaknya..terkejut makcik tu...



aceli kakliza tak berapa minat nak bela dah..
tapi dia berkeras juga nak juga bela sebb asrama ditutup dan takder sapa yg nak bagi makan kucing yg tengah menyusukan anak tu..
asben kkliza pun kesian juga dan membiarkan dia melayani kucing dan anak2nya..



itulah kisah kucing anak dara kakliza..
Aerobek adalah nama diberikan oleh asben kakliza memandangkan dia berekor pendek..

Friday, April 04, 2008

Chocolate Chips Muffins




Lately ni akak syuk pulak buat muffin..
sebabnya senang nak bagikan pada anak2..jiran2..kawan2...
antara yg akak dah cuba...




CHOCOLATE CHIPS MUFFINS

Bahan A

1 cawan butter [cairkan]
2 cawan susu segar
2 biji telur [pukul sedikit]
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan serbuk koko ] ayak 2 kali
2 s/k baking powder ]
1/2 s/k soda bikarbonate ]
2 cawan gula perang

coklat chips secukupnya
kertas muffin

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 190'C selama 10 - 15 minit.
2. Alaskan kertas muffin dalam mangkuk muffin atau loyang muffin.
3. Masukkan Bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Masukkan pula Bahan A dalam mangkuk Bahan B dan kacau rata gunakan whisker atau senduk kayu.
5. Masukkan dalam kertas muffin sehingga 3/4 mangkuk kertas.
6. Taburkan coklat chips diatas adunan.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.




kkliza gunakan acuan begini...



sedang dibakar..

Wednesday, April 02, 2008

Puding Lapis Kaca


Bahan A
10 gm serbuk agar
160 gm gula
800 ml susu segar

Bahan B
10 gm serbuk agar
160 gm gula
800 ml air

pewarna > merah, hijau dan kuning

Cara
1. Masakan bahan A dan B dalam 2 periuk yg berasingan sehingga mendideh.
2. Sediakan gelas kaca berkaki
3. Ambil 1 senduk agar2 B dan tuangkan dalam gelas.
4. Ambil 1 senduk agar2 A [bersusu] dan masukkan warna merah dan kacau rata.
5. Tuangkan perlahan-lahan ditepi gelas atas agar2 yg hampir beku. Ratakan sapuan agar-agar.
6. Ambil pula 4 senduk agar-agar B dan tuangkan perlahan di tepi gelas atas lapisan merah yg hampir beku. Ratakan sekeliling gelas.
7. Ulangkan semua proses melapis sehingga habis semua bahan.
8. Sejukkan dan hidangkan

Puding Aiskrem



Bahan
10 gm serbuk agar-agar
700 ml air
300 gm gula
400 ml susu cair
60 gm tepung jagung
400 gm aiskrim keladi
15 ml pes keladi
pewarna purple
hiasan..sebarang pilihan

Cara
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendideh.
4. Angkat dari api dan tapiskandalam mangkuk besar.
5. Masukkan aiskrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.
7. Masukkan pes keladi dan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi.
8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan.
9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
10. Hidangkan sejuk.

Acar Telur Puyuh


Bahan
20 biji telur puyuh rebus
1 batang timun
1 batang carrot
2 labu bawang besar
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
80 ml cuka tiruan
30 gm gula
20 gm biji sawi
garam
kunyit
1 s/k kapur [dibancuh ngan 1 liter air]

Bahan tumis [mayang]
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
80 ml minyak

Cara
1. Semua sayur dipotong kecil dan panjang.
2. Rendamkan dalam air kapur supaya rangup.
3. Toskan sayuran supaya kering
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan biji sawi sehingga layu.
5. Masukkan cuka tiruan, garam, serbuk kunyit dan gula.
6. Bila mendideh masukkan telur yang telah dikupas dan sayuran. Kacau rata.
7. Bila nampak pekat boleh angkat dan hidangkan.

Kuzi Udang Galah





Bahan
4 ekor udang besar
200 ml susu cair
50 gm rempah kuzi
5 biji cili merah
2 biji tomato buah [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
50 gm kismis
150 gm sos tomato
200 ml minyak
garam
kunyit

Bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara
1. Udang dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng sehingga masak. Ketepikan.
2. Gunakan separuh minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan udang, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti.

Kerutup Ayam




Bahan
1 ekor ayam [1.5 – 2.0 kg]
80 gm rempah kerutup [ dibancuh dgn sedikit air]]
800 ml santan [ 1 biji kelapa]
30 gm gula merah
30 gm kerisek
80 ml minyak untuk menumis

bahan kisar
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga kuah pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

Daging Masam Manis [Daging Masak Merah]


Bahan
500 gm daging [hiris nipis]
150 gm sos tomato
150 gm sos cili
20 gm kunyit
100 ml minyak
garam


Bahan Hiris
50 gm bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.

Nasi Minyak Warni Warni


Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi [basuh dan toskan]
1 liter air
100 ml susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau merah dan kuning
60 gm minyak sapi
60 gm majerin
80 gm kismis

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
2 cm halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]

Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.

Sosej Baked Beans

kali ni kira-kira kakliza betui2 rasa M melanda..
so untuk makan malam kak liza hanya sediakan...Sosej Baked Beans
tapi anak2 seronok sekali sebab memang makanan gini kesukaan mereka..
sambil tu kak liza goreng juga kentang goreng.. licin 500 gram..
so kalau p makan kat McDonalds..memang tak pernah cukup 2 ..3 bekas tu..



Bahan-Bahan:
1 tin baked bean
10 batang sosej [potong2]
1 sudu makan minyak
3 sudu makan tomato sos
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (cincang)
3 biji cili merah [cincang]
garam dan gula
1 pokok kecil daun sup [cincang]

Cara:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih & bawang besar
3. Masukkan sosej dan gorengkan sehinga garing.
4. Masukkan tomato sos
5. Masukkan baked bean dan gaul hingga rata.
6. Taburkan daun sup dan tutup api.
7. Hidang bersama roti bakar atau garlic bread

Lemak Ciliapi Telur Itik


Bahan:
5 biji telur itik atau ayam
1 cawan santan
10 biji belimbing buloh [optional]
daun kunyit- dikoyakkan sikit
garam

Bahan Mesin Halus
20 biji cili api
3 cm kunyit hidup
2 cawan santan cair

Cara:
1. Masukkan bahan mesin ke dalam periuk.
2. Masakkan perlahan sehingga mendideh.
3. Pecahkan telur itik ke dalam periuk satu persatu - jangan sampai kuning telur
pecah. Biarkan sehingga mendideh dengan perlahan.
4. Masukkan santan pekat, garam, daun kunyit dan belimbing. Kacau dengan perlahan jangan sampai pecah minyak.
5. Hidangkan dengan nasi putih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers