Friday, June 25, 2010

Kelas Biskut Raya di Kuala Lumpur



Assalamualaikum..
kakliza akan mengadakan Kelas Biskut Raya di Kuala Lumpur pada 3 Julai 2010 [Sabtu] jam 9.30 pagi - 2.00 petang..
Jom ramai-ramai hadirkan diri..
Jangan lupa..sarapan disediakan Nasi Lemak Kukus dan sampingannya....

Wednesday, June 23, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah - Main Air Gambang Water Park Resort



Kita layan gambar jelah...sebab semua orang nak main air..so tiada tukang amik gambarrr...













Aktiviti Cuti Sekolah - Rumah Ummi



Assalamualaikum..
dah lama nak tulis dan cerita..tapi masa jer tak mengizinkan nak berceloteh..
so hari ini rasanya nak celoteh sikit mengenai aktiviti masa cuti sekolah bebaru lalu....

Bermula pada Ahad 6 Jun 2010 lalu kak liza dan anak-anak [suami kakliza tidak ikut sebab cutinya dah tinggal sedikit] ke Kuantan untuk berkampung di Gambang Water Park Resort bersama-sama Sister In-Law kakliza yang membawa 2 orang anaknya.
Mulanya kami rancang untuk menggunakan 2 kereta kancil memandangkan SIL akan datang bercuti ke rumah kakliza dan menziarahi keluarga mertuanya di Kuala Terengganu selepas berkampung di Gambang nanti. So anak-anak akak [Azlina dan Mohd Azri] akan memandu 2 kereta mereka ke Kuantan. Tapi akhirnya Azlina mahu ke Melaka untuk mnghadiri majlis perkahwinan kawan nya pada masa yang sama so kakliza terpaksalah memandu kancil Azlina tu..manakala Azri memandu kancilnya..

Ahad yang dirancang tu kakliza telah sakan brkemas rumah dan bersiap makan utk suami [sbb dia tidak ikut] akhirnya agak penat. pada jam 12.30 tghari kakliza pun mulakan perjalanan ke Kuantan. Kami singgah dirumah Ummi Kuantan saperti yang dijanjikan [rancang dah lama ni..]





hidangan lazat yang disediakan oleh Ummi


Sunday, June 06, 2010

Cuti Sekolah lagi....






Assalamualaikum..
Cuti sekolah datang lagi....
kakliza dan anak-anak akan bercuti juga bersama SIL dan anak-anaknya selama beberapa hari..
kali ini kami akan bergembira bermain air di Kuantan...




jumpa lagi Selasa nanti....InsyaAllah..

Saturday, June 05, 2010

Gulai Kunyit Lengkuas Udang



GULAI KUNYIT LENGKUAS UDANG

Bahan

1 kg udang besar [bersihkan]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
200 gm kacang panjang [potong pendek]
3 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit [koyakkan]
3 sudu besar minyak
garam

Bahan Mesin
3 tangkai cili merah
15 tangkai ciliapi
3 cm lengkuas
2 batang serai
3 ulas bawang merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan santan dan asam gelugor. Masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
3. Bila pekat masukkan udang, kacang panjang, garam dan daun kunyit.
4. masakkan sehingga pekat dan udang masak betul.
5. Hidangkan.

Thursday, June 03, 2010

TOP 50 bagi Jualan Bulan Mei 2010




Assalamualaikum...
kakliza amat gembira dengan berita ini...daripada blog Puan Ainon [Pengerusi PTS]
berbaloi dengan usaha kakliza selama ini...

ALHAMDULILLAH....


1. Hidangan Terbaik Dunia: Cina

2. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
3. Penilaian Tahap Kecekapan (P.T.K)
4. Senangnya Memasak Nasi
5. Mukjizat Qiamullail
6. Dahsyatnya Doa Ibu
7. Ajaibnya Sedekah
8. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
9. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah
10. Senangnya Memasak Daging
11. Senangnya Memasak Tauhu & Telur
12. Senangnya Memasak Makanan Laut
13. Senangnya Memasak Sayur
14. Imam Hanbali: Penegak Kebenaran
15. Memasak Sehebat Chef Sup
16. Travelog Cinta Abadi
17. My Memory
18. Motivasi Alihan Untuk Pelajar
19. Senangnya Memasak Makanan Barat
20. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
21. Memasak Sehebat Chef: Bubur
22. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
23 Young Aisyah: Summer Camp
24. Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
25. Hidangan Terbaik Dunia: Jawa
26. Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
27. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
28. Cita Rasa Malaysia: Kelantan
29. Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah
30. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
31. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
32. Karipap-Karipap Cinta
33. Senangnya Memasak Sambal & Sos
34. Cita Rasa Malaysia: Johor
35. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (ed. jimat)
36. Aku Mahu Superbibik
37. Biografi Muhammad bin Abdullah
38. Munajat Malam
39. Senangnya Memasak Ikan
40. Usahawan Cilik: Manik Merah Jambu
41. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran
42. Putera Impian
43. Young Aisyah: Ponteng Puasa
44. Dahsyatnya Qiamullail
45. Alexander Adalah Zulqarnain
46. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
47. Young Aisyah: Cuti Sekolah
48. Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin
49. Jejak Bisnes Rasul
50. Senangnya Memasak Kambing

Serimuka dalam Springform



Salam buat adik-adik sekelian..
hari ini kakliza telah buat projek SERIMUKA..
kakliza gunakan loyang ciskek atau dikenali dengan nama springform pan..
ini adalah kerana kakliza rasa senang nak buka loyang dan keluarkan kueh dan senang nak dipotong..


Alhamdulillah kakliza berjaya...

KUEH SERIMUKA


Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers