Sunday, December 25, 2011

Penglipur lara

Salam..
lama sungguh tak update cerita..bersawang berhabuk bagai...
sebenar terlalu banyak cerita yang nak ditulis tapi akan kakliza masukkan satu persatu la...
untuk permulaan kakliza celoteh mengenai penglipur lara kakliza yang sorang ni..
rindu jika tak jumpa...nasib baik kakliza selalu ke Kuala Lumpur jadi bolehlah tenguk keletah dia....
nak bersembang di telefon dia hanya pandai 'aaa..' jerr...
jom tenguk...

tengah shopping dengan Mama


dengan ayah di The Curve


leka nak menguraikan tali

senyuman seronok


semoga sentiasa bahaga sehingga akhir hayat

Monday, October 24, 2011

Demo Masakan Oktober - Disember 2011





Salam buat pengunjung blog kakliza yang selalu jer bersawang ni...

Mulai Jumaat ini kakliza akan membuat demo masakan..jadi kakliza akan agak bizi...

untuk memudahkan mengetahui kakliza berada dimana,.kakliza tuliskan jadualnya saperti dibawah ini...



Ekspo Buku Islam, KL Sentral, Kualal Lumpur
Tarikh: 28 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa: 12.00tengahari - 2.00petang
Tempat: Tingkat 2, KL Sentral, Kuala Lumpur



Demo Masak di Carrefour, Bandar Tun hussein Onn, KL
Tarikh: 29 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa: 3.00petang - 5.00petang
Tempat:
Carrefour, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor



Siaran Lansung Nasi Lemak Kopi O
Tarikh: 30 Oktober 2011 (Ahad)
Masa: 8 .00 pagi - 10.00 pagi
Tempat: TV9,
Sri Pentas, Damansara Utama, Selangor



DCM Book Fair - Johor Bahru, Johor

Tarikh: 19 November 2011 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengahari - 2.00 petang
Tempat: Danga City Mall, Johor Bahru, Johor.
Menu : 1. Sosej Kacang Panggang
2. Bihun Taucu
3. Salad Kentang



Taklimat & Demo Masak bersama Kementerian Pembangunan Wanita
Tarikh : 23 November 2011 [Rabu]
Masa : 12.00 tengahari - 2.00 petang
Tempat : Dewan Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Kuala Lumpur.
Menu : 1. Spageti Bolognese
2.
Salad Buah-buahan
3. Smootie Mangga


Sibu Cooking Demo Sessi I
Tarikh : 2 Disember 2011[Jumaat]
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Public Bookstore, Wisma Sanyan, Sibu, Sarawak
Menu : 1. Telur Dadar Udang
2. Nasi Goreng Nenas
3. Salad Tuna



Sibu Cooking Demo Sessi 2
Tarikh : 3 Disember 2011 [Sabtu]
Masa : 11.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Public Bookstore, Wisma Sanyan, Sibu, Sarawak

Menu : 1. Sosej Kacang Panggang
2. Bihun Singapura
3. Salad Tomato




Bintulu Cooking Demo Sessi I
Tarikh : 3 Disember 2011 [Sabtu]
Masa : 5.00 - 7.00 petang
Tempat : Synly Trading & Bookstore, Parkcity Commerce Square, Bintulu, Sarawak

Menu : 1. Tauhu Sos Lada Hitam
2. Mi Padprik
3. Salad Telur Hancur


Bintulu Cooking Demo Sessi 2
Tarikh : 4 Disember 2011 [Ahad]
Masa : 12.00
tengahari - 2.00 petang
Tempat : Synly Trading & Bookstore, Parkcity Commerce Square, Bintulu, Sarawak

Menu : 1. Ayam Lada Hitam
2. Penne Goreng
3. Salad Buaah-buahan


IIP Book Fair - Ipoh, Perak
Tarikh: 10 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 12.00
tengahari- 2.00 petang
Tempat: Ipoh Parade, Ipoh, Perak
Menu : 1. Ayam Lada hitam
2. Mi Hailam
3. Salad Telur Hancur




Siaran TV3 Rancangan NONA
Tarikh: 11 Disember 2011 (Ahad)
Masa: 2.00 petang - 3.00 petang
Tempat : TV3




ACP Book Fair - Alor Setar, Kedah
Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 12.00
tengahari - 2.00 petang
Tempat: City Plaza, Alor Setar, Kedah
Menu : 1. Ayam Gajus
2. Nasi Goreng Nenas
3. Tauhu Rampai

Monday, October 10, 2011

Sibuk lagi....



Salam buat adik-adik sekelian...
Mulai esok kakliza akan bertambah sibuk..bizi more than bees...




Selasa ini kakliza akan ke Kuala Lumpur selama 2 minggu untuk menyambung sessi photo-shooting untuk buku baru kakliza..
saperti biasa kali ini kakliza akan buat memasak di rumah kawan baik kakliza di Setiawangsa nun...
InsyaAllah akan kakliza masak 50 resepi Warisan Bonda dimana dibahagikan 2 katagori iaitu Masakan Berkuah dan Kerabu..

Aceli bulan Mac 2011 lalu kakliza dah shoot 70 resipi Warisan Bonda ini dalam katagori Lauk Pauk, Sayur dan Kuih.


kemudian kakliza akan balik Kerteh selama seminggu sahaja dan terus akan ke Brunei pada 29 Oktober 2011 untuk membuat demo masakan dalam pesta makanan disana selama seminggu pulak...
kakliza kan tuliskan dimana kakliza akan buat demo tu...

jika ada masa kakliza akan tuliskan lagi aktibiti memasak kakliza....

Sunday, September 04, 2011

Wajik

Semasa kakliza mengandungkan anak kedua..waktu berkemas periuk belanga bonda kakliza, terjumpa belanga tembaga..so kakliza teringin nak kacau wajik dalamnya..
kakliza tengah sarat benar masa tu..tunggu nak bersalin jer tetapi bonda kakliza layan jer buat..
akhirnya dapat juga kami buat wajik sendiri dan selepas tu terus bersalinkan anak perempuan...

Alhamdulillah...taklah kempunan...
hehehehhehe...


WAJIK

Bahan:

1 kg beras pulut,,
300 gm gula pasir
300 gm gula merah
500 ml santan pekat + secubit garam [1 biji kelapa]
5 helai daun pandan...simpul

Cara:
1. Kukuskan pulut sehingga naik wap. Sejukkan.
2. Gula merah dan gula pasir dimasakkan ngan santan dan daun pandan.
3. Masakkan sehingga pekat.
4. Masukkan pulut dan kacau rata sehingga sebati dan berkilat.
5. Masukkan dalam loyang dan sejukkan baru potong dan hidangkan

NOTA:
Sekiranya mahu masukkan durian boleh kurangkan gula kerana durian ada rasa manis sikit.
Masukkan dalam santan dan gula yg telah mendideh.


Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya




Assalamualaikum..
Kakliza ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
jika ada apa-apa tulisan aua kata yang kurang menyenangkan kati, terkasar bahasa kakliza mohon ampun dan maaf..
semoga hari lebaran ini memberikan kegembiraan pada kita semua...

kakliza akan balik kampung mertua di Anak Bukit, Alor Setar petang ini..
jika ada sesiapa yang ingin bertamu Raya kerumah mertua di 32, Anak Bukit, kakliza sangat gembira dan bernesar hati....




SESSI BERTEMU PEMBELI BUKU RESEPI CHEF HANIELIZA DI POPULAR ALOR SETAR, KEDAH

dapatkan buku 1 Hari 1 Resipi dengan harga istimewa

Monday, August 22, 2011

Lawak Kuih

Dalam bulan puasa ni macam-macam kuih ada jual..

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih paling busuk = Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih org x mandi = Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih dangdut inul = kuih goyang @ kuih rose
Kuih pengacara majlis = kuih Cara
Kuih yg suka api = Kuih Bakar
kuih atas langit = kuih kapai terbang
kuih pandai menari = kuih goyang

Kuih paling ganas = kuih BoooMM..!!
Kuih xbulih makan tp org suka makan = kuih sarang semut
Kuih pengacara majlis yg baju dia comot = Kuih Cara berlauk
Kueh yang lama tertinggal orang tak makan = kueh abuk-abuk
Kuih yg banyak buat dosa = kuih talam dua muka
kuih yang ayu = kuih putri ayu
kuih yang pergi Mekah = kuih Tok Aji Serban
kuih ada lampu = kuih tepung pelita
kuih bukan kuih = kuih tiaw
kuih suka senyum = kuih apam senyum
kuih mekap tebal = t epung gomak
kuih ala hispanis = kuih lopez
kuih paling kaya = jala emas
kuih paling jauh = kuih bulan
kuih paling banyak = kuih muih
Kuih confuse = quaker oat (kuih ke oat?)







Friday, August 19, 2011

Ayam Percik kesumi Dewi

AYAM PERCIK KESUMA DEWI

Bahan A
8 keping paha ayam
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 batang serai [ketuk]
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar rempah kurma
3 keping asam geluugor
Garam secukup rasa

Bahan B [Mesin Halus]
10 tangkai cili merah
1o tangkai ciliapi
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 batang serai
2 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara Membuat

1. Ayam dibersihkan dan kelar sedikit.
2. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga naik minyak dengan api sederhana.
3. Ambil ayam dan letakkan diatas jaringan.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C [api atas bawah] selama 30 minit
5. Masakkan kuah yang lebih sehingga naik minyak dan pekat.

Thursday, August 11, 2011

Lepat Pisang




Lepat Pisang

Bahan

2 cawan pisang emas/berangan/montel lecek
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung susu
2 s/b gula
garam
daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci]

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.
2. Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang. Lipatkan.
3. Kukuskan selama 15 minit.
4. Sejukkan dan hidangkan.

Wednesday, August 10, 2011

Tepung Pelita


TEPUNG PELITA

Bahan-bahan A disatukan- lapisan bawah

1 cawan tepung beras
sedikit air kapur
7 helai daun pandan, kisar dan ambil airnya anggaran 3 cawan

Bahan B : disatukan - lapisan atas..
3 cawan santan pekat
1 senduk tepung beras
secubit garam

Bahan C
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

Cara
1. Didihkan air untuk mengukus. Bubuh 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang.
2. Kemudian masukkan adunan A agak-agak ½ atau ¾ bakul. Kukus sehingga masak.
3. Masakan bahan B anggaran panas. Kemudian masukkan hingga penuh bakul.
4. Kemudian kukus lagi hingga lapisan atasnya masak. Untuk memastikan kuih betul-betul masak, cucuk dengan garpu atau lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu..
5. Sejukkan betui2 baru makan dengan sudu kecil.

NOTA.
Kalau sejukkan dalam peti ais lagi sedap.
jika tak der daun pisang boleh gunakan mangkuk kecil..


Friday, August 05, 2011

Murtabak Makaroni

Salam pagi Jumaat di bulan Ramadan mulia....

Hari ini kakliza tuliskan salah satu resepi yang pernah disiarkan dalam majalah JELITA Januari 2011 lalu.

Semoga dapat dikongsikan bersama.


MURTABAK MAKARONI

Bahan A

200 gram makaroni

6 biji telur

3 sudu besar minyak masak

Garam secukupnya

Bahan B [Cincang kasar]

5 batang sosej lada hitam atau keju

50 gram daun bawang

2 biji buah tomato

1 labu bawang besar

3 tangkai cili merah

2 tangkai cili hijau

Cara

1. Rebuskan makaroni dengan sedikit garam sehingga lembut dan toskan. Gaulkan dengan 1 sudu besar minyak masak.

2. Sosej dipotong kecil.

3. Masukkan makaroni dan semua bahan kecuali minyak dalam mangkuk besar dan gaulkan sebati.

4. Panaskan minyak dalam kuali leper tidak lekat [non-stik pan] dan masukkan bancuhan makaroni.

5. Masakkan dengan api yang perlahan sehingga adunan kelihatan agak keras.

6. Terbalikkan makaroni dengan perlahan-lahan dan biarkan sehingga masak keperangan.

7. Letakkan dalam pinggan dan hidangkan dengan sos cili dan mayonis.



Thursday, August 04, 2011

Talam Lobak Merah [Talam Carrot]

Salam..
Diam tak diam dah 4 hari kita berpuasa...
tentu tertanya-tanya nak buat kueh atau masakan apa berbuka...
kueh ni walaupun jenis kueh tapi agak mengenyangkan...

KUEH TALAM CARROT

Bahan

1 cawan carrot [potong dadu kasar]
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
5 cawan santan [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sekejap sehingga naik wap dengan api perlahan.
2. Masukkan dalam loyang 10 x 10 inci yg telah dilapikkan pelastik 10 x 10 inci juga.
3. Kukuskan selama 25 - 30 minit.
4. Sejukkan dan taburkan bahan berlauk dan potong.
5. Hidangkan.

Bahan Berlauk
400 gm daging kisar
2 labu bawang cincang
2 ulas bawang putih cincang
1 batang carrot [parutkan]
1 s/b rempah kurma
1 s/b rempah kari
daun sup & daun bawang [racik halus]
cili merah [cincang halus]
bawang goreng
minyak
garam

Cara
1. Defrostkan daging kisar sambil ramaskan dalam tapisan santan. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan sehingga daging agak kering dan naik minyak.
4. Masukkan rempah kari dan rempah kurma dan kacau rata.
5. Masukkan carrot parut dan kacau rata. Masukkan garam.
6. Bila telah masak boleh tutup api dan taburan cili merah, daun bawang & daun sup yg telah dicincang.
7. Taburkan inti dan bawang goreng atas kueh talam carrot yg telah sejuk dan potongkan.
8. Hidangkan.


Wednesday, August 03, 2011

Bubur Keledek


Bahan A

200 gram keledek oren

200 gram keledek kuning

1 cawan isi jagung

1 ½ cawan gula pasir

2 cawan air

1 tin susu cair

3 helai daun pandan [koyak dan simpulkan]

Garam secukupnya

Cara Membuat

1. Keledek dikupas dan potong dadu kasar. Basuh dan tuskan.

2. Masukkan keledek, jagung, dan air dalam periuk. Masakkan sehingga keledek lembut.

3. Masukkan gula, garam, daun pandan dan biarkan mendidih dengan api perlahan.

4. Masukkan susu cair dan kacau rata. Masakkan lagi sambail mengacau sehingga naik wap.

5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk.

6. Hidangkan.



Friday, July 29, 2011

Demo Masak d Mesra Mall

Salam Jumaat
kakliza akan buat demo masak
jom ramai-ramai kita ke sanaaaaa...



TARIKH
29 Julai 2011


HARI
Jumaat


MASA
3.00 - 5.00 petang


TEMPAT
Kedai Buku POPULAR,
Kertah Mesra Mall,
Kerteh, Terengganu



MENU

Nasi Tomato


Daging Goreng Lada Hitam


Tauhu Rampai


Kerabu Daun Selom

Friday, July 22, 2011

Demo Masak d Kuantan


Salam Jumaat
kakliza akan buat demo masak di..
joma ramai-ramai kita ke sanaaaaa...

Tarikh :
23 Julai 2011

Hari :
Sabtu

Masa :
3.00 - 5.00 petang

Tempat :
Kedai Buku POPULAR,
Kuantan Mega Mall,
Kuantan, Pahang


Penne Goreng


Ayam Halia


Tauhu Lada Hitam


Salad Udang

Thursday, July 21, 2011

Buku Baru

Salam buat semua....
syarikat buku kakliza [PTS] telah mengeluarkan 2 buah buku baru kakliza...

buku 50 resepi masakan hidangan yang menambat selera terutama dimasa berbuka puasa dan perayaan nanti...
hanya RM17.00 sahaja

juga 45 resepi untuk aneka biskut dan kek untuk hidangan tetamu dihari perayaan...hanya RM15.00

semuanya ada gambar langkah demi langkah yang rengkas dan mudah difahami...
sekiranya berminat boleh emelkan pesanan di hanieliza@gmail.com dengan segera.

Friday, July 15, 2011

Kelas Biskut Raya d Kemasik

Salam...
saperti biasa jadual kakliza agak sibuk...
minggu ini ada Kursus BiskutRaya di Kemasik...maklumlah nak rayaaa...
12 biskut akan diajarkan selama 3 hari...

hari pertama Jumaat 15 Julai 2011


hari kedua...16 Julai 2011


hari ketiga ..17 Julai 2011

Wednesday, July 13, 2011

Sayur Lemak Pucuk Kayu




SAYUR LEMAK PUCUK KAYU

Bahan

2 ikat sayur pucuk kayu [RM1.00]
2 biji kkeledek oren [buang kulit dan potong kecil]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 cawan air
3 ulas bawang merah [hiris]
ikan bilis
garam
serbuk kunyit

Cara
1. Sayur diambil daunnya sahaja. Basuhkan dan tos kering.
2. Masukkan demua bahan ekcuali santan dan sayuran.
3. Masakkan sehingga mendideh dn keledek lembut.
4. Masukkan sayuran dan santan pekat. Biarkan mendideh.
5. Masukkan santan pekat dan rasalan garam.
6. Bila mendideh boleh angkat dan hidangkan.


Tuesday, June 21, 2011

Sayur Lemak Jambu Golok dan Sotong

sekarang ni sana-sini orang cerita candat sotong...
sedapnya jika dapat sotong besar dan segar bugar.....

masa mula-mula kakliza diperkenalkan masakan ni..agak ragu-ragu nak makan..
macam pelik jer..sebab ada buah jambu golok atau buah gajus dalam masakan sotong..
tapi bila dah mula makan..eh..sedap pulakkk..
kalau tak caya..acu cuba test masak...sure sedap..
nak pulak makan dengan orang Terengganu..sure lagi beh...


SAYUR LEMAK SOTONG & BUAH JAMBU GOLOK [BUAH GAJUS]

Bahan

5 ekor sotong
10 biji buah gajus masak
1 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
garam secukupnya

Bahan Hiris
3 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar

Cara
1. Sotong dibersihkan dan potong kecil
2. Buah gajus dibelah 4 dan perahkan sikit air pahitnya.
3. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
4. Masakkan sehingga mendideh sambil mengacau kuah supaya tidak pecah minyak.
5. MBila dah mendideh masukkan santan pekat dan kacau lagi sampai mendideh lagi.
6. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers