Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya




Assalamualaikum..
Kakliza ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
jika ada apa-apa tulisan aua kata yang kurang menyenangkan kati, terkasar bahasa kakliza mohon ampun dan maaf..
semoga hari lebaran ini memberikan kegembiraan pada kita semua...

kakliza akan balik kampung mertua di Anak Bukit, Alor Setar petang ini..
jika ada sesiapa yang ingin bertamu Raya kerumah mertua di 32, Anak Bukit, kakliza sangat gembira dan bernesar hati....




SESSI BERTEMU PEMBELI BUKU RESEPI CHEF HANIELIZA DI POPULAR ALOR SETAR, KEDAH

dapatkan buku 1 Hari 1 Resipi dengan harga istimewa

Monday, August 22, 2011

Lawak Kuih

Dalam bulan puasa ni macam-macam kuih ada jual..

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih paling busuk = Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih org x mandi = Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih dangdut inul = kuih goyang @ kuih rose
Kuih pengacara majlis = kuih Cara
Kuih yg suka api = Kuih Bakar
kuih atas langit = kuih kapai terbang
kuih pandai menari = kuih goyang

Kuih paling ganas = kuih BoooMM..!!
Kuih xbulih makan tp org suka makan = kuih sarang semut
Kuih pengacara majlis yg baju dia comot = Kuih Cara berlauk
Kueh yang lama tertinggal orang tak makan = kueh abuk-abuk
Kuih yg banyak buat dosa = kuih talam dua muka
kuih yang ayu = kuih putri ayu
kuih yang pergi Mekah = kuih Tok Aji Serban
kuih ada lampu = kuih tepung pelita
kuih bukan kuih = kuih tiaw
kuih suka senyum = kuih apam senyum
kuih mekap tebal = t epung gomak
kuih ala hispanis = kuih lopez
kuih paling kaya = jala emas
kuih paling jauh = kuih bulan
kuih paling banyak = kuih muih
Kuih confuse = quaker oat (kuih ke oat?)







Friday, August 19, 2011

Ayam Percik kesumi Dewi

AYAM PERCIK KESUMA DEWI

Bahan A
8 keping paha ayam
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 batang serai [ketuk]
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar rempah kurma
3 keping asam geluugor
Garam secukup rasa

Bahan B [Mesin Halus]
10 tangkai cili merah
1o tangkai ciliapi
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 batang serai
2 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara Membuat

1. Ayam dibersihkan dan kelar sedikit.
2. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga naik minyak dengan api sederhana.
3. Ambil ayam dan letakkan diatas jaringan.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C [api atas bawah] selama 30 minit
5. Masakkan kuah yang lebih sehingga naik minyak dan pekat.

Thursday, August 11, 2011

Lepat Pisang




Lepat Pisang

Bahan

2 cawan pisang emas/berangan/montel lecek
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung susu
2 s/b gula
garam
daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci]

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.
2. Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang. Lipatkan.
3. Kukuskan selama 15 minit.
4. Sejukkan dan hidangkan.

Wednesday, August 10, 2011

Tepung Pelita


TEPUNG PELITA

Bahan-bahan A disatukan- lapisan bawah

1 cawan tepung beras
sedikit air kapur
7 helai daun pandan, kisar dan ambil airnya anggaran 3 cawan

Bahan B : disatukan - lapisan atas..
3 cawan santan pekat
1 senduk tepung beras
secubit garam

Bahan C
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

Cara
1. Didihkan air untuk mengukus. Bubuh 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang.
2. Kemudian masukkan adunan A agak-agak ½ atau ¾ bakul. Kukus sehingga masak.
3. Masakan bahan B anggaran panas. Kemudian masukkan hingga penuh bakul.
4. Kemudian kukus lagi hingga lapisan atasnya masak. Untuk memastikan kuih betul-betul masak, cucuk dengan garpu atau lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu..
5. Sejukkan betui2 baru makan dengan sudu kecil.

NOTA.
Kalau sejukkan dalam peti ais lagi sedap.
jika tak der daun pisang boleh gunakan mangkuk kecil..


Friday, August 05, 2011

Murtabak Makaroni

Salam pagi Jumaat di bulan Ramadan mulia....

Hari ini kakliza tuliskan salah satu resepi yang pernah disiarkan dalam majalah JELITA Januari 2011 lalu.

Semoga dapat dikongsikan bersama.


MURTABAK MAKARONI

Bahan A

200 gram makaroni

6 biji telur

3 sudu besar minyak masak

Garam secukupnya

Bahan B [Cincang kasar]

5 batang sosej lada hitam atau keju

50 gram daun bawang

2 biji buah tomato

1 labu bawang besar

3 tangkai cili merah

2 tangkai cili hijau

Cara

1. Rebuskan makaroni dengan sedikit garam sehingga lembut dan toskan. Gaulkan dengan 1 sudu besar minyak masak.

2. Sosej dipotong kecil.

3. Masukkan makaroni dan semua bahan kecuali minyak dalam mangkuk besar dan gaulkan sebati.

4. Panaskan minyak dalam kuali leper tidak lekat [non-stik pan] dan masukkan bancuhan makaroni.

5. Masakkan dengan api yang perlahan sehingga adunan kelihatan agak keras.

6. Terbalikkan makaroni dengan perlahan-lahan dan biarkan sehingga masak keperangan.

7. Letakkan dalam pinggan dan hidangkan dengan sos cili dan mayonis.



Thursday, August 04, 2011

Talam Lobak Merah [Talam Carrot]

Salam..
Diam tak diam dah 4 hari kita berpuasa...
tentu tertanya-tanya nak buat kueh atau masakan apa berbuka...
kueh ni walaupun jenis kueh tapi agak mengenyangkan...

KUEH TALAM CARROT

Bahan

1 cawan carrot [potong dadu kasar]
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
5 cawan santan [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sekejap sehingga naik wap dengan api perlahan.
2. Masukkan dalam loyang 10 x 10 inci yg telah dilapikkan pelastik 10 x 10 inci juga.
3. Kukuskan selama 25 - 30 minit.
4. Sejukkan dan taburkan bahan berlauk dan potong.
5. Hidangkan.

Bahan Berlauk
400 gm daging kisar
2 labu bawang cincang
2 ulas bawang putih cincang
1 batang carrot [parutkan]
1 s/b rempah kurma
1 s/b rempah kari
daun sup & daun bawang [racik halus]
cili merah [cincang halus]
bawang goreng
minyak
garam

Cara
1. Defrostkan daging kisar sambil ramaskan dalam tapisan santan. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan sehingga daging agak kering dan naik minyak.
4. Masukkan rempah kari dan rempah kurma dan kacau rata.
5. Masukkan carrot parut dan kacau rata. Masukkan garam.
6. Bila telah masak boleh tutup api dan taburan cili merah, daun bawang & daun sup yg telah dicincang.
7. Taburkan inti dan bawang goreng atas kueh talam carrot yg telah sejuk dan potongkan.
8. Hidangkan.


Wednesday, August 03, 2011

Bubur Keledek


Bahan A

200 gram keledek oren

200 gram keledek kuning

1 cawan isi jagung

1 ½ cawan gula pasir

2 cawan air

1 tin susu cair

3 helai daun pandan [koyak dan simpulkan]

Garam secukupnya

Cara Membuat

1. Keledek dikupas dan potong dadu kasar. Basuh dan tuskan.

2. Masukkan keledek, jagung, dan air dalam periuk. Masakkan sehingga keledek lembut.

3. Masukkan gula, garam, daun pandan dan biarkan mendidih dengan api perlahan.

4. Masukkan susu cair dan kacau rata. Masakkan lagi sambail mengacau sehingga naik wap.

5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk.

6. Hidangkan.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers